Tuesday, October 21, 2014

JANGKITAN KULAT DI MULUT BAYI?


Adik sangat jarang menangis, cuma berbunyi 'ek ek' je jika ada sesuatu yang tak kena.
Hairan bila adik meraung sekuat-kuat hati beberapa kali sejak 2-3 hari lepas.
Kami sangka 'Oh, dah masuk usia 40 hari kot..nak tukar bulan ni dia mula la nak pandai menangis'

Kemusykilan terjawab apabila ternampak bintik-bintik putih di bibir bawah adik.
Pelik.
Bila diperiksa, rupa-rupanya memang penuh tompok-tompok putih seakan keju melekat di lelangit sekitar anak tekak, lapisan dalam dinding mulut, atas lidah, juga bahagian dalam bibir atas dan bawah.

Mama terus rasa risau dan sedih.
Tak sangka adik cuba beritahu mulut dia tak selesa.
Mungkin terasa sakit, atau susah nak menelan.
Mama tak perasan sebab adik menyusu macam biasa, cuma kadang-kadang meronta-ronta.

  


Maka mama pun mula bertindak.
Bila berkesempatan, mama cepat-cepat ambil gambar mulut adik waktu menangis.
Bukan senang nak dapat gambar terbaik sebab adik goyang-goyang kepala sambil meraung.
Sungguh merisaukan.

Lepas tunjuk kawan-kawan & doktor pakar, ternyata adik terkena jangkitan kulat dalam mulut (oral thrush) yang berpunca daripada fungal bernama Candida.
Sedihnya mama, macam-macam perkara berlegar di fikiran mama.
Salah mama ke?
Apa puncanya?
Boleh baik cepat ke?
Adik boleh menyusu macam biasa tak?

Atas nasihat doktor pakar, adik mesti diberi ubat..anti-fungal bernama Nystatin, 4kali sehari!
Sirap warna oren bau ala-ala antibiotik.
Kali pertama cuma titik sikit je kat celah-celah gusi supaya kekal lama dalam mulut.
Adik hisap-hisap macam sedapp je.

Kali kedua pula sejurus selepas menyusu sebelum tidur.
Padahnya apabila 'bluwekk'!!! tetiba terpancut muntah adik, banyak pula tu, kesian adik!
Penat dia menyusu.. mesti lapar semula, sudahla mulut tak selesa :'(
Berderai air mata mama...




 Kini Alhamdulillah adik lebih tenang.
Tiada lagi raungan, cuma masih belum sembuh sepenuhnya.
Memang jangkitan kulat mulut ini biasa terjadi di kalangan bayi, malah ada juga yang terkena di kemaluannya.
Spesis Candida bukan kulat berbahaya yang secara normalnya tinggal atas kulit yang sihat, cuma perubahan-perubahan tertentu menyebabkan ia hidup membiak lebih dari biasa sehingga menyebabkan jangkitan kulat.
Cuma kami kurang pasti apas ebenarnya faktor penyebab buat adik. 

Faktor-faktor risiko bayi terkena Oral Thrush ini antaranya
  • perubahan hormon bayi yang baru lahir
  • bayi pramatang (sistem imun badan lebih rendah berbanding bayi lahir cukup bulan)
  • ibu mengambil herba/jamu-jamu (dipindah kepada bayi melalui susu ibu)
  • ibu/bayi mengambil antibiotik (yang turut membunuh bakteria baik dalam mulut bayi menyebabkan kulat boleh hidup lebih banyak bila bakteria2 baik itu terhapus)
Bila difikir-fikirkan, mungkin adik terkena jangkitan sebab
  • adik kerap termuak (muntah sikit selepas sendawa), menyebabkan sisa-sisa susu dan organisma dari dalaman badan tu terkumpul dalam mulut adik
  • mama guna kain lampin (kena pastikan bersih) untuk lap bahagian bibir sahaja (lepas ni mesti cuba juga lap sehingga bahagian dalaman mulut ibarat menggosok gigi..tapi perlahan2 ya, jangan sampai luka)
  • mama gunakan 'breastpad' untuk elakkan tumpah susu (mungkin ianya lembab dan menyebabkan kulat suka untuk membiak, jadi kena disiplin untuk selalu tukar walaupun terasa kering)
  • tak bersihkan dahulu puting sebelum menyusu (dikhuatiri puting itu lembab dan ada kotoran  terlekat selepas susuan sebelumnya)
Selebihnya mama takde makan antibiotik/jamu-jamu melampau.
Amalkan supplemen Shaklee juga sejak lepas bersalin lagi, so mama yakin bukan disebabkan oleh supplemen.

Sekadar perkongsian buat ibu ayah yang mungkin mengalami masalah sama.
Segala ujian itu ada hikmah dari Allah,
Wallahu'lam

2 comments:

Unknown said...

best info ni...baru tau...alhamdulillah anak saya takde yang kena, tapi kena tahu jugak pasal ni...

Kak Wawa said...

Salam.. bagus info ni.. blh jd rujukan utk ibu2 diluar sana..