Tuesday, October 21, 2014

JANGKITAN KULAT DI MULUT BAYI?


Adik sangat jarang menangis, cuma berbunyi 'ek ek' je jika ada sesuatu yang tak kena.
Hairan bila adik meraung sekuat-kuat hati beberapa kali sejak 2-3 hari lepas.
Kami sangka 'Oh, dah masuk usia 40 hari kot..nak tukar bulan ni dia mula la nak pandai menangis'

Kemusykilan terjawab apabila ternampak bintik-bintik putih di bibir bawah adik.
Pelik.
Bila diperiksa, rupa-rupanya memang penuh tompok-tompok putih seakan keju melekat di lelangit sekitar anak tekak, lapisan dalam dinding mulut, atas lidah, juga bahagian dalam bibir atas dan bawah.

Mama terus rasa risau dan sedih.
Tak sangka adik cuba beritahu mulut dia tak selesa.
Mungkin terasa sakit, atau susah nak menelan.
Mama tak perasan sebab adik menyusu macam biasa, cuma kadang-kadang meronta-ronta.

  


Maka mama pun mula bertindak.
Bila berkesempatan, mama cepat-cepat ambil gambar mulut adik waktu menangis.
Bukan senang nak dapat gambar terbaik sebab adik goyang-goyang kepala sambil meraung.
Sungguh merisaukan.

Lepas tunjuk kawan-kawan & doktor pakar, ternyata adik terkena jangkitan kulat dalam mulut (oral thrush) yang berpunca daripada fungal bernama Candida.
Sedihnya mama, macam-macam perkara berlegar di fikiran mama.
Salah mama ke?
Apa puncanya?
Boleh baik cepat ke?
Adik boleh menyusu macam biasa tak?

Atas nasihat doktor pakar, adik mesti diberi ubat..anti-fungal bernama Nystatin, 4kali sehari!
Sirap warna oren bau ala-ala antibiotik.
Kali pertama cuma titik sikit je kat celah-celah gusi supaya kekal lama dalam mulut.
Adik hisap-hisap macam sedapp je.

Kali kedua pula sejurus selepas menyusu sebelum tidur.
Padahnya apabila 'bluwekk'!!! tetiba terpancut muntah adik, banyak pula tu, kesian adik!
Penat dia menyusu.. mesti lapar semula, sudahla mulut tak selesa :'(
Berderai air mata mama...




 Kini Alhamdulillah adik lebih tenang.
Tiada lagi raungan, cuma masih belum sembuh sepenuhnya.
Memang jangkitan kulat mulut ini biasa terjadi di kalangan bayi, malah ada juga yang terkena di kemaluannya.
Spesis Candida bukan kulat berbahaya yang secara normalnya tinggal atas kulit yang sihat, cuma perubahan-perubahan tertentu menyebabkan ia hidup membiak lebih dari biasa sehingga menyebabkan jangkitan kulat.
Cuma kami kurang pasti apas ebenarnya faktor penyebab buat adik. 

Faktor-faktor risiko bayi terkena Oral Thrush ini antaranya
  • perubahan hormon bayi yang baru lahir
  • bayi pramatang (sistem imun badan lebih rendah berbanding bayi lahir cukup bulan)
  • ibu mengambil herba/jamu-jamu (dipindah kepada bayi melalui susu ibu)
  • ibu/bayi mengambil antibiotik (yang turut membunuh bakteria baik dalam mulut bayi menyebabkan kulat boleh hidup lebih banyak bila bakteria2 baik itu terhapus)
Bila difikir-fikirkan, mungkin adik terkena jangkitan sebab
  • adik kerap termuak (muntah sikit selepas sendawa), menyebabkan sisa-sisa susu dan organisma dari dalaman badan tu terkumpul dalam mulut adik
  • mama guna kain lampin (kena pastikan bersih) untuk lap bahagian bibir sahaja (lepas ni mesti cuba juga lap sehingga bahagian dalaman mulut ibarat menggosok gigi..tapi perlahan2 ya, jangan sampai luka)
  • mama gunakan 'breastpad' untuk elakkan tumpah susu (mungkin ianya lembab dan menyebabkan kulat suka untuk membiak, jadi kena disiplin untuk selalu tukar walaupun terasa kering)
  • tak bersihkan dahulu puting sebelum menyusu (dikhuatiri puting itu lembab dan ada kotoran  terlekat selepas susuan sebelumnya)
Selebihnya mama takde makan antibiotik/jamu-jamu melampau.
Amalkan supplemen Shaklee juga sejak lepas bersalin lagi, so mama yakin bukan disebabkan oleh supplemen.

Sekadar perkongsian buat ibu ayah yang mungkin mengalami masalah sama.
Segala ujian itu ada hikmah dari Allah,
Wallahu'lam

PERLU KE BERPANTANG?

Terpulanglah!
Tepuk dada tanya kesihatan sendiri :)

Bagi saya, berpantang selepas bersalin ni sangat2 penting.
Bukan untuk harini sahaja, tapi untuk esok lusa dan tahun2 seterusnya jika panjang usia.
Bak kata orang 'Life begins at the age of 40!'

Sebab apa?
Sebab kebanyakan kita dah mencapai kestabilan dalam hidup samada dari segi kerja, keluarga, kewangan dan kesihatan. Masa tu pangkat dah semakin naik, gaji dah semakin besar, anak2 dah berkeluarga, hutang dah semakin langsai, tapi adakah kita kekal sihat?

"Kesihatan adalah nikmat yang paling berharga yang tidak boleh dijualbeli"
Kalau kita kurang sihat, semuanya jadi terbatas termasuklah nak beribadat kepadaNya.

Bagaimana saya berpantang?
Berpantang ni berbeza2 mengikut keturunan/kepercayaan masing2.
Mak saya kata dulu2 masa mula2 dia berpantang dengan arwah nenek (mertua mak orang Jawa) memang sangat2 strict! Antaranya kaki berikat dengan batu giling kiri kanan supaya tak bergerak2 waktu tidur (katanya supaya peranakan tak beralih), air tak boleh minum banyak (nanti kembang; taktau urat ke badan yang kembang..hehe), bab makan memang la strict sangat sampai kurang khasiat je.
Tapi sekarang ni kami praktikkan mana yang sesuai ikut logik kami, itu pesan mak ;)

pengalaman berpantang sewaktu raya Haji, berpilis tu di'wajib'kan mak..hehe

So pengalaman bagi saya bila betul2 berpantang lepas bersalin anak kedua ni,

MAKAN MINUM (sebab apa yang ibu makan/minum akan masuk ke perut bayi yang menyusu)
  • bukan makanan sejuk/berangin : nak elak kembung perut (contohnya : timun, tembikai, betik, nangka, cempedak, rebung, kobis, kangkung, air kelapa, labu, keladi, pulut, kacang dal, kacang panjang, petai)
  • bukan makanan yang gatal (makanan laut, ikan bilis, kekacang..senang kata macam apa yg orang gout tak boleh makan)
  • banyakkan sayur (saya cuma makan sawi saja)/air masak (elak sembelit ibu & bayi)
  • NO-NO air sejuk/ais krim : elak kembung perut & taknak demam urat
  • makan on-time (nasi mesti panas2) : elak kembung perut
  • tak boleh perut kosong/lapar (makan tak bertambah tapi mesti pastikan kenyang; berat badan cepat turun) : elak kembung perut
  • makan tak bersulam minum air, habiskan makan atau minum dahulu : elak buncit
  • tak berkafein macam nescafe, air berkarbonat : kesan kafein buatkan baby kembung perut/sukar tidur
AKTIVITI & EMOSI (ibu yag hamil mengalami perubahan dari segi hormon, kuantiti air dalam badan, dan berat badan  secara perlahan2 selama 9bulan tetapi proses kelahiran hanya dalam masa sehari..oleh itu, ibu perlukan tempoh masa untuk betul2 pulih/kembali kepada keadaan badan sebelum bersalin secara perlahan2..sekurang2nya selama 44 hari, ada yang sambung sehingga 60 hari malah 100 hari juga ada)
  • tak boleh angkat/buat kerja berat2 (cuma baring, duduk & ulit baby saja) : ala,,sekejap je makan berhidang, takyah buat semua kerja2, lepas 44 hari tu buatlah sikit2 semula!
  • tak boleh bangun tidur lewat atau tidur semula sebelum Zohor (elak hilang seri wajah, lesu & muka jadi sembab)
  • tak boleh jalan laju2 (senang luka & peranakkan yang baru nak mengecut tu baik)
  • mesti berstokin, sapu param pilis, berbengkung & bertungku (buang angin dalam badan & cepatkan proses pemulihan urat2)
  • jaga ibu jari kaki (supaya jalan jangan tersadung & elakkan jatuh)
  • tak boleh sedih2 (emosi mesti stabil untuk elakkan meroyan : post-partum depression/post-natal blues)
AMALKAN SUPPLEMEN
Saya pilih suppelemen Shaklee (setelah mencuba pelbagai supplemen lain namun tak serasi dengan saya). Bila dikaji lebih mendalam, ternyata supplemen Shaklee 100% organik berbanding kebanyakan supplemen lain yang ada juga bahan sintetik dalam penghasilannya samada kandungannya ke sarung kapsulnya ke, sebab itulah saya mudah dapat gastrik selepas mengambil supplemen sintetik. Malah, Shaklee juga jauh lebih murah & ternyata mujarab, Alhamdulillah

Ini supplemen yang saya amalkan sepanjang berpantang (malah ada yang saya ambil sejak sebelum mngandung lagi)
  • ESP Soy Protein Isolate Powder
  • Vita-lea
  • B Complex
  • Sustained released Vita-C 
  • Ostematrix
  • Alfalfa Complex
  • Lecithin
  • Omega Guard
Banyak sangat ke? ;)
Sebenarnya supplemen ini fleksibel, bergantung apa yang anda inginkan.
Macam saya, saya inginkan tenaga berpanjangan supaya berjaya 'exclusive breastfeeding' di samping mencuba untuk mendapatkan semula berat badan ideal, kombo berpantang sambil menguruskan badan gitu ;)



Jadi, macam mana saya bahagi2 waktu pengambilannya?
Masih juga fleksibel, ikut keselesaan anda waktu terbaik yang anda ingin amalkan.
Pada  saya,
Selepas Sarapan : sebiji Vita-lea, B Complex, Vitamin C
Selepas Makan Tengahari : sebiji Omega, 3 kapsul Lecithin, 3 biji Alfalfa
Tea-time : 3 sudu besar plain ESP campur 200mL air suam
Selepas Makan Malam : sebiji Omega, 3 kapsul Lecithin, 3 biji Alfalfa
Sebelum Tidur : 2-4 biji Ostematrix (jika saya minum susu pada hari itu, saya ambil 2 biji sahaja)





Hasil daripada berpantang?
ALHAMDULILLAH :)

Suka sangat bila suami puji
  • muka berseri2 lepas bersalin
  • sangat bertenaga (berbanding anak sulong dulu; yang ni lepas beralin terus dapat uruskan bayi sendiri..kebetulan tiada peneman sebab hopital tak bagi suami temankan..sobsob)
  • bayi kerap menyusu & puas (berat badannya juga memuaskan, lahir 3.5kg > 3.8kg hari ke10 > 4.3kg hari ke20 > 4.8kg hari ke30)
  • penghasilan susu menggembirakan (hari ke 42 pantang berjaya simpan 78beg susu ~5-6oz setiap satu; siap kena beli deep freezer lagi..hehe..kalau si kakak dulu, nak penuhkan peti sejuk beku yg biasa pun tak dapat)
  • si adik jaaarang sangat meragam, perut tak kembung, malam semua boleh tidur (cuma mama kena bangun untuk susukan dia bila sampai waktunya ;))

Selamat Berpantang ibu2 yg baru bersalin!
Sangat tak merugikan, inshaAllah :)

Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut,
Afzan Ismail
Shaklee Independent Distributor
Call/SMS/Whatsapp : 016 - 5510987
COD Area : Sg Petani/Pendang, Kedah




Monday, October 20, 2014

KENANGAN BERPANTANG SENDIRI

Assalamualaikum & selamat sejahtera buat semua :)
Semoga sihat2 belaka..

Alhamdulillah harini dah mencecah hari ke 42 berpantang anak kedua. Maksudnya apa?
Maksudnya tinggal 2 hari je jadi puteri raja ni! hehe..perasaan bercampur baur..rasa happy sebab dah agak 'bebas' boleh makan2 ke jalan2 ke buat kerja2 ke, tapi rasa sedih pun ada sebab takde orang nak 'manja2'kan lagi ler..kalau nak apa2, buat sendiri ya! haha


Berpantang anak ke2 ni lebih mudah, menyeronokkan dan lebih rasa kuat sebab duduk dengan mertua yang sangat2 rajin & sihat walaupun dah berusia 60an. Anak sulong dulu duduk sorang2 je kat JB sebab suami kerja JB, so suami tak boleh nak berpisah dengan kami walaupun mak abah ada di Muar.. 2jam kalau suami nak ulang-alik hari2. Maklumle, darah muda.. saya baru umur 25 tahun, rasa kuat, boleh buat semua sendiri, lagipun klinik dekat je dengan rumah, boleh pi kalau tetiba rasa tak sihat tengah2 berpantang.

Maka bila berpantang sorang2, suami kerja 8pagi-1tghari, 2ptg-5ptg..so lunch, suami bungkuskan nasi kedai (pesan kat makcik tu nak lauk orang pantang), kami tak tahu langsung apa yang boleh, apa yang tak boleh makan masa pantang, memang tak study pun..masa tu takde lagi telepon canggih2 yang ada encik google ni..yang paling senang nak ingat elakkan makanan & minuman sejuk..tu je yang tahu. Petang pula suami bungkus lagi makanan lepas balik kerja..pastu dah duduk sorang2 tu, memang macam tak berpantang sangat pun..anak pula anak perempuan yang memang senang tidur & kurang menyusu/menangis, maka cepatlah si ibu ni rasa bosan..tengok TV sampai takde cerita, mula la gatal tangan basuh baju sidai baju lipat baju..ada sekali tu degil, rasa panas sangat & dahaga, nak try test pi bukak peti sejuk tu terus teguk jus oren..gulp gulp gulp gulp gulp, dalam 5 teguk yang banyak jugakla!

Jeng jeng jeng! lepas je teguk air sejuk tu (walaupun dahnak abis pantang dah masa tu), automatik badan macam kena renjatan eletrik! sejuk sesejuk2nya dari kepala saaampai hujung kaki. Terus 'berlari' masuk bilik, nyorok dalam selimut, tutup kipas2, tapi tetap rasa sejuk yang amat sangat. Menggigil2, macam demam sampai sakit sendi2. Beritahu suami, suami beri makan panadol tapi still tak lega..sapu minyak panas seluruh badan, pakai param & pilis, pastu terus cuba tidur. Alhamdulillah rasa lega sikit je lepas bangun tidur tapi serik, baru percaya pentingnya jaga makan minum waktu berpantang. Sekarang ni baru faham macam tu rupanya orang kata Bentan!

Yang lain2 macam ber'param & pilis' tu memang setia sapu, pakai bengkung & stokin pun ya,tapi bertungku, bertangas tak buat langsung. Urut cuma sempat 2 kali saja sebelum pulang JB lepas bersalin di Muar, sebab suami cuma dapat cuti jadi bapa percuma 7 hari bila kerja dengan kerajaan ni :)

Dulu takde param yang dah siap bancuh, so kena bukak satu biji bulat tu campurkan air jadi macam tepung nak goreng pisang tu, lumurkan kat seluruh badan, tangan & kaki..rasa menyegarkan..pilis ni dalam dia ada 6 biji bentuk tigasegi, amik sebiji dan tuang air 3titik supaya lembut sikit dan lumurkan kat dahi..rasa hangat je kepala. Yang ni memang hari2 pakai tapi tak ingat sampai berapa hari, patutnya sampai 44 hari la! hehe..tapi bau memang busuk! orang tua2 kata nak perhambat suami jangan ehem2..haha..sampai kawan2 suami kata "ish, macam bau orang pantang la" bila dia lalu kat tempat kerja..yerla, tidur dalam bilik yang sama la katakan..


Bengkung ni pula yang jenis tarik2 macam ikat tali kasut. Ikat ketat2 sampai nak jalan & duduk pun macam orang Jepun ;) Kelebihan dia, cepat dapat bentuk badan asal walaupun tak 100%..dudukpun perlahan2 jadi luka & jahitan tak koyak semula..masa mengandung ni memang banyak air terkumpul dalam badan sebab tu senang bengkak2, so bila lepas bersalin ni cepatlah kurus sebab banyak buang air melalui peluh & perubahan hormon serta breastfeeding! Saya memang tak sukat bab2 air ni sebab dahaga, taknak dehidrasi..



Kami rasa agak sukar bila hanya kami sahaja yg uruskan si kecil, takde pengasuh, takde bibik, takde orang tua..hantar bayi ke nursery seawal usia 2 bulan..suami kerja ofis hour tapi saya kerja tak menentu masa sampai kadang2 36jam tanpa henti, baby pula taknak susu formula, memang kesian sangat sebab sanggup berlapar nak tunggu susu ibu (susu ibu perahan pun dia taknak)..namun bersyukur dia tetap sihat walaupun kurang berat badan sampai sekarang..kami berjaya besarkan  si kecil ni sampai usia 5 tahun dah kini baru kami bersedia untuk menimang cahaya mata semula..

Nak tahu pengalaman saya akibat tak berpantang betul2 dulu?
  • badan sekarang banyak sangat angin & senang masuk angin
  • cepat letih walaupun tak buat banyak kerja
  • bentuk badan/berat badan senang naik semula
  • terkena 'serangan jantung' seawal usia 29tahun
Walaupun semua ini ketentuan Allah, tapi saya yakin lebih baik mencegah daripada mengubati. Menyesal tak berpantang betul2 dulu, tapi berpantang kalini memang saya strict & ikut apa yang orang tua2 pesan. Dunia perubatan moden & dunia tradisioal memang berbeza sebab perubatan moden nak ubat orang yang dah sakit, tradisional/alternatif ni nak cuba elak sebelum betul2 sakit, inshaAllah.